Saturday, September 8, 2007

Anak benih

Assalammualaikum semua, berjumpa lagi kita pada kali ini... :)
pada hari ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang anak benih dan teknik menanam serai dengan cara yang amat mudah dan praktikal.
Terlebih dahulu saya ingin ceritakan kepada semua perihal anak benih. Anak benih serai diambil dari serai yang telah tua atau matang iaitu yang berumur lebih kurang 7 hingga 9 bulan. Walaupun begitu kita juga boleh mengambil serai yang berumur 6 bulan untuk di buat benih, cuma peratusan untuk serai tersebut tumbuh subur adalah rendah berbanding dengan serai yang tua. Kita boleh memperolehi benih serai ini dari penanam-penanam serai, walaupun begitu, kita mestilah membuat tempahan kerana penanam serai ini biasanya akan menjual hasil tanaman mereka apabila mencapai 6 bulan dan meninggalkan rumpun-rumpun bagi mereka menanam semula nanti, jika kita membuat tempahan, maka barulah mereka akan menyimpan untuk kita. (walaupun terdapat penanam yang menjual benih, mereka ini sukar dijumpai dan biasanya mempunyai pelanggan tetap dan kadang kala ada juga segelintir penanam yang menipu pembeli dengan mengatakan bahawa serai tersebut adalah serai tua, sedangkan ianya baru berumur 4-6 bulan.) Serai untuk anak benih akan dipotong lebih pendek berbanding dengan serai yang mahu dipasarkan. Biasanya ia dipotong hanya setengah kaki. Anak benih yang telah diproses ini kemudiannya akan direndam didalam bekas takungan air selama 4 hingga 5 hari, ini bagi menggalakkan dan mempercepatkan pertumbuhan akar dan tunas baru. Jika tidak direndam sehingga akar yang baru muncul, maka kerja-kerja penyiraman terpaksa dilakukan setiap pagi selama 3 pagi berturut-turut selepas ia ditanam. Air rendaman tidak perlu terlalu banyak, memadai dengan 1 ke 1 1/2 inci dari pangkal serai.

4 comments:

azman said...

saya baru menceburi dalam bidang pertanian,penanaman pertama saya adalah SERAI.bleh tak tuan bagi panduan bagaimana hendak menanamnya.bagaimana cara saya dapat menhubungi tuan.

Alang said...

Salam,
Saya merupakan penanam baru serai nie, cuma ilmu tu x brp banyak sangat, maklumlah baru menceburkan diri. Sekarang nie saya tengah prose penanaman serai seluas 4 ekar baru nak siap 1 ekar. Jadi saya bercadang nak dapatkan no.contact tuan agar kita boleh bertukar maklumat dan idea supaya penanaman yng dilakukan lebih baik dan efektif. No phone saya 012-7358945 (syahrul

mygh2u said...

Salam semua... baru-baru ni saya telah selesai menanam serai jenis peha ayam diKampung Gajah, Perak. Oleh itu, saya ingin berkongsi pengalaman yang ada dan juga ingin meminta tunjuk ajar dari mereka yang dah otai dalam bidang serai ni. Silalah lawati: www.tukangkebun.tk

Bayanz Agrofarm said...

ENDONA Corporation SDN BHD adalah sebuah anak syarikat Geomatika Group yang ditubuhkan pada Oktober 2009. Endona menjalankan segala aktiviti perniagaan yang meliputi agro, agri dan akuakultur.

Benih Ikan (Bayanz Agrofarm)
Voice: En. Hamka, 013 - 696 3467
Pak Yudi , 05-4583772

Keli*:
1.0-1.5 inci = RM 0.035
1.5-2.0 inci = RM 0.050
2.0-2.5 inci = RM 0.075
2.5-3.0 inci = RM 0.085

Tilapia*:
1.0-1.5 inci = RM 0.08
1.5-2.0 inci = RM 0.14


Benih Tanaman (Endona Dagangan)
Voice: En. Nafis, 019 - 223 6531

Serai*:
10500 benih/ekar = RM900

halia*:RM5/kg

Limau*:
NIPIS = RM 3.20/btg
KASTURI = RM 3.50/btg
PURUT = RM 4.50/btg
KARI = RM 2.50/btg
GEHARU = RM25.00/btg

Benih Ruminan (Endona Glami)
Voice: En. Nafis, 019 - 223 6531
Lembu dan kambing.

Konsultansi dan kursus (Endona Edu)
Segala kursus dijalankan bersama dengan Pusat Penyelidikan Kolej Antarabangsa Geomatika, Setiawangsa.
Voice: En. Izham, 013 - 690 2269
Kursus ternakan ikan air tawar, tanaman dan ruminan.

* Tertakluk terma dan syarat