Sunday, September 9, 2007

Lubang tanam serai



Inilah lubang yang dikorek menggunakan alat bantuan menanam (tombak) yang dipaparkan semalam.

Tali panduan



Nampak tak tali putih diantara baldi dan kayu pengukur tu? itu dijadikan panduan untuk memudahkan kita menanam secara tersusun.

Tanam serai



Ini adalah kayu panduan untuk menanam serai ( membuat barisan tanaman, sebenarnya ini bukan kayu, saya gunakan paip lama sebagai alat yg biasanya diperbuat dari kayu)

Saturday, September 8, 2007

08-09-07

Saya rasa itu saja dari saya pada malam ini. Sedikit keletihan ni kerana petang tadi menanam 238 pokok serai. Tapi saya terlupa pula nak membawa kamera ke ladang, jadi tak dapatlah saya ceritakan kepada semua tentang cara-cara penanaman serai ini. InsyaAllah, pagi besok saya akan menanam lagi. Saya akan cuba ingat untuk bawa kamera bersama ke ladang dan saya akan kongsi bersama-sama semua nanti. Terima kasey...

Alat bantuan menanam serai




Gambar diatas menunjukkan alat bantuan untuk menanam serai. Alat ini diperbuat dari besi dan ditempah khas :) tak ada dijual dimana-mana kedai. Ada juga yang membuat alat ini dari kayu. InsyaAllah esok saya akan uploadkan video cara-cara menggunakan menggunakan alat ini.

foto anak benih





Gambar diatas menunjukkan contoh-contoh anak benih serai yang telah direndam dan telah mengeluarkan tunas serta akar yang baru.

Anak benih

Assalammualaikum semua, berjumpa lagi kita pada kali ini... :)
pada hari ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang anak benih dan teknik menanam serai dengan cara yang amat mudah dan praktikal.
Terlebih dahulu saya ingin ceritakan kepada semua perihal anak benih. Anak benih serai diambil dari serai yang telah tua atau matang iaitu yang berumur lebih kurang 7 hingga 9 bulan. Walaupun begitu kita juga boleh mengambil serai yang berumur 6 bulan untuk di buat benih, cuma peratusan untuk serai tersebut tumbuh subur adalah rendah berbanding dengan serai yang tua. Kita boleh memperolehi benih serai ini dari penanam-penanam serai, walaupun begitu, kita mestilah membuat tempahan kerana penanam serai ini biasanya akan menjual hasil tanaman mereka apabila mencapai 6 bulan dan meninggalkan rumpun-rumpun bagi mereka menanam semula nanti, jika kita membuat tempahan, maka barulah mereka akan menyimpan untuk kita. (walaupun terdapat penanam yang menjual benih, mereka ini sukar dijumpai dan biasanya mempunyai pelanggan tetap dan kadang kala ada juga segelintir penanam yang menipu pembeli dengan mengatakan bahawa serai tersebut adalah serai tua, sedangkan ianya baru berumur 4-6 bulan.) Serai untuk anak benih akan dipotong lebih pendek berbanding dengan serai yang mahu dipasarkan. Biasanya ia dipotong hanya setengah kaki. Anak benih yang telah diproses ini kemudiannya akan direndam didalam bekas takungan air selama 4 hingga 5 hari, ini bagi menggalakkan dan mempercepatkan pertumbuhan akar dan tunas baru. Jika tidak direndam sehingga akar yang baru muncul, maka kerja-kerja penyiraman terpaksa dilakukan setiap pagi selama 3 pagi berturut-turut selepas ia ditanam. Air rendaman tidak perlu terlalu banyak, memadai dengan 1 ke 1 1/2 inci dari pangkal serai.

Monday, September 3, 2007

04-09-07

ini saja rasanya buat tatapan semua pada kali ini, insyaAllah, saya akan kembali dengan memberikan maklumat kepada pembaca semua tentang anak benih serai, cara penanaman mudah dan juga alat-alat bantuan menanam serai ini.... sekian, terima kasih kerana sudi melayari blog ini...

tanaman serai yang sedia ada....





ini adalah tanaman serai yang boleh dituai pada bulan hadapan...

foto terkini tanah pertama...




Progress

Assalammualaikum semua.... sungguh lama rasanya saya tidak menulis di blog ini. Maaf sesangat. bukan apa, selain dari masa yang tidak mengizinkan, masalah pemindahan streamyx dari shah alam ke kuala selangor juga antara penyebabnya. Syukur alhamdullillah. sekarang talian streamyx telah pun lancar sepenuhnya... oleh itu saya mengambil peluang pada malam ini untuk mengupload foto terbaru dan cerita-cerita terbaru dari Massa Agro... Letih, mmg letih, maklumlah, saya seorang saja yg mengerjakan tanah ni, cuma ada sekali sekala adik ipar dtg membantu di hujung minggu... setelah sekian lama, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan lebih dari separuh tanah yg seekar tu, manakala tanah yang lagi satu masih belum terusik... pada mulala saya berfikir mahu meracun sahaja lalang di tanah tersebut, namun setelah 2 kali semburan, saya berpendapat lalang tersebut terlalu tinggi, lebih mudah jika dipotong terlebih dahulu... untuk makluman semua, saya menggunakan racun jenama Supremesate (lebih kurang) Racun ini tidaklah se glamor round up ataupun ecomax, tapi saya dapati kandungannya lebih kurang dengan round up, manakala harganya pula lebih murah. Jadi saya terus menggunakan racun ini sahaja, dicampur sedikit dengan racun garam... tong menyembur racun pon saya beli baru, yg lama sudah rosak... beli pon yang plastik sahaja, adalah lebih kurang RM70 untuk 16L... mesin rumput pula saya pinjam aja dari makcik dekat2 sini, jimat skit... :) tapi klu saudara2 nak beli pon ok, saya cadangkan beli jenama Mitsubishi..bagus, tapi mahal sedikit jika mau dibandingkan dengan mesin dari china... namun ketahanannya dijamin..:) harganya sekitar rm700-rm800 manakala mesin dari china seperti Sakura hanya berharga tidak sampai rm300... jauh bezanya kan? pilihlah, tepuk dada tanya budget...:) saya juga ingin berterima kasih kepada kak zailina yg selalu menelefon saya, insyaAllah, saya akan tolong apa yang termampu..;)